
Sulit
5 tahun
Jantung Laju dan sukar bernafas
Saya wanita berumur 27 tahun. Mempunyai masalah jantung berdegup laju hingga mendatangkan ketidakselesaan badan dan ada masa rasa susah bernafas. Gejala awal kepala saya berpeluh, tangan mengigil, jantung laju dan susah brnafas. Saya ada dapatkan rawatan di klinik, tetapi hanya masuk drip air dan diberi makan panadol. Tetapi saya tidak boleh bergantung pada ubat paracetamol sahaja kalau ingin meredakan jantung berdegup kerana saya ada allergic pada ubat. Mata saya akan membengkak. Sekarang simptom berpeluh dan mengigil tiada tapi jantung laju masih ada. Macam mana nak rawat masalah saya ni?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Saya mendapati anda mengalami gejala degupan jantung laju, sesak nafas, berpeluh dan juga menggigil. Sebelum mendapatkan rawatan yang sesuai, diagnosis yang tepat harus diperolehi. Namun begitu, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan.
Secara am, gejala-gejala yang dihadapi oleh anda boleh disebabkan oleh:
Masalah kelenjar tiroid (hypertiroid)
Anemia (kekurangan darah merah)
Serangan panik
Bagi mengatasi masalah anda, puncanya haruslah diketahui sebelum rawatan yang sesuai boleh diberikan. Memandangkan tiada diagnosis yang tepat, kami tidak dapat untuk menjawab soalan anda mengenai rawatan untuk masalah anda. Amat disarankan untuk anda merujuk masalah ini dengan lebih lanjut bagi mengetahui punca, dan seterusnya mendapatkan rawatan yang sesuai.
Untuk makluman pihak anda terdapat kemungkinan masalah lain yang boleh menyebabkan gejala yang anda halami. Ini hanyalah jawapan am bagi soalan anda. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami melalui atas talian secara peribadi untuk mendapatkan penyelesaian kepada masalah anda. Terima kasih.