
rosalinda2295
5 tahun
Jantung selalu berdebar
sy berusia 49 tahun…surirumah
jantung selalu berdebar tanpa sebab…kdg ianya terjadi waktu pd waktu sedang tdur dan jantung tiba2 tergerak laju hingga ketar seluruh badan…sekarang sakit lengan kanan…sakit bahagian pinggang …dh buat ecg…doktor ckp normal…doktor…sy sgt tidak selesa doktor…doktor ckp mungkin anxiety…tp doktor x nak kasi ubat…dia nak sy kawal sndiri…adakah apa yg sy hadapi ini boleh sembuh?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah keresahan atau anxiety boleh menyebabkan pelbagai simptom. Antaranya:
- bimbang sepanjang masa
- sukar tidur
- ketegangan otot
- masalah penghadaman yang kronik
- sesak nafas
- jantung berdebar
- sakit kepala
- tangan atau kaki terasa kebas
Anda boleh bebas dari simptom-simptom keresahan sekiranya anda boleh mengambil langkah-langkah yang sewajarnya. Rawatan untuk penyakit kesihatan mental perlu dimulakan dahulu dengan perubahan gaya hidup misalnya mempelajari kaedah untuk tangani stres, bersenam, diet yang sihat malahan perubahan cara pemikiran (cognitive behavioural therapay). Rawatan pengambilan ubat- ubatan akan diberi jika rawatan perubahan gaya hidup tidak berkesan. Contoh ubat keresahan adalah seperti anxiolytics, benzodiazepine dan lain- lain. Oleh itu, anda perlu mengikuti rawatan susulan untuk mengenalpasti rawatan bersesuaian untuk setiap individu. Sokongan yang tersayang termasuklah ahli keluarga juga penting dalam rawatan efektif.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.