keronnisa
3 tahun
Jari-jari kaki kebas
Hi sy berumur 30 tahun. Bekerja sbg pegawai bank yg memerlukan sy duduk sahaja. Sy akui kurang aktif bersenam. Sejak kebelakangan ini jari kaki kanan sy kebas walaupun sedang bergerak spt menyapu lantai atau memasak. Adakah ini sebahagian dpd simptom kencing manis?
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, kebas pada jari kaki boleh disebabkan oleh:
- Diabetes atau kencing manis
- Aliran darah yang tidak mencukupi
- Trauma
- Masalah otot dan juga saraf
Namun begitu, terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih