
balqishasini
4 tahun
Jari kebas tanpa sebab yang diketahui
Saya wanita berusia 26 tahun, saya kerap berasa kebas pada jari tanpa sebab yang saya ketahui. Proses untuk hilang rasa kebas mengambil masa beberapa jam dan kadang-kadang saya rasa terganggu ketika melakukan kerja terutama kerja-kerja menaip.boleh saya tahu punca sebenar rasa kebas tersebut berlaku?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, terdapat beberapa punca kebas tangan :
- Carpal Tunnel Syndome
Carpal Tunnel Syndrome adalah satu keadaan dimana berlaku tekanan kepada saraf Median (‘Median Nerve’) di pergelangan tangan seseorang. Masalah ini disebabkan oleh tekanan kepada pergelangan tangan akibat penggunaan yang keterlaluan seperti menai[, mengerudi dan sebagainya. - Neuropati Diabetes
Kebas atau kesemutan di kaki adalah gejala pertama bagi kebanyakan pesakit dengan kerosakan saraf daripada diabete Hal ini juga boleh menjadi punca rabun dekat semakin serius. - Hipertiroidism
Hipertiroidisme kebanyakan disebabkan oleh penyakit Graves, yaitu suatu kondisi yang terjadi akibat kelainan sistem autoimun yang menyerang tubuh dan meningkatkan produksi hormon tiroksin pada kelenjar tiroid.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.