Sulit
4 tahun
Jari suami terasa benjolan licin dalam faraj saya ketika bersama
Saya ada bersama suami tempoh hari. suami ada memasukann jari dia dalam faraj saya. Dan selesai bersama, ke esokkan hari suami memberitahu semasa jari suami masuk lebih dalam,dia ada terasa benda bulat dan licin dalam faraj saya. Jadi, apakah itu doktor? adakah saya perlu pergi ke mana mana klinik untuk membuat pemeriksaan?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Vulva cyst
- Vaginal cyst
- Genital herpes
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Ia juga boleh disebabkan oleh faktor lain yang kami tidak sebutkan. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.

































