
mazhafinaz
5 tahun
Jari tangan gatal dan menjadi kehitaman
Hi, saya nak bertanya jari saya dahulu baik sahaja tetiba suatu hari jari tangan didapati adanya bijik bijik kecil yang seakan bijik air dan lama kelamanaan ia berasa gatal dan saya mengaru nya mengakibatkan ia mengelupas dan jari tangan bertukar berwarna hitam… Apa punca jari jemari saya ni ye

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, gatal, biji-biji serta menggelupaspada jari boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- dermatitis kontak iritan apabila terdedah kepada bahan yang boleh mencetuskan keradangan kulit
- dermatitis kontak alergi apabila seseorang mempunyai alahan kulit terhadap sesuatu bahan
- psoriasis sejenis penyakit autoimun
- dishidrotik ekzema sejenis ekzema
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.