
Sulit
4 tahun
Jel gambir adakah ianya selamat digunakan di penis?
Hi doctor. Saya ingin tanya selamatkah menyapu gel gambir sebelum sex untuk melambatkan pancutan awal dalam sex? Selamatkah untuk saya melakukan oral sex dengan adanya gel gambir di zakar?

4 tahun
Selamat sejahtera, terima kasih kerana berkongsi masalah anda dengan kami. Ejakulasi pramatang adalah masalah yang sering dialami oleh lelaki dan menjadi punca perasaan negatif dalam diri individu yang menghadapinya seperti perasaan malu dan rendah diri.
Kebanyakan penghidap masalah ini didapati mengalaminya akibat masalah gangguan psikologi dan bukannya berpunca daripada masalah pada organ seksual itu sendiri. Oleh itu, masalah ejakulasi pramatang yang berpunca daripada gangguan psikologi ini boleh dibantu dengan sesi kaunseling dan terapi. Selalunya, pesakit disarankan menghadiri sesi ini bersama pasangan untuk membantu sesi terapi ini berjalan dengan lebih berkesan. Kebanyakan penghidap masalah ini dapat dirawat menggunakan kaedah ini.
Perubahan aktiviti harian dan gaya hidup juga boleh membantu dalam menyelesaikan masalah ini. Pemakanan seimbang adalah amat digalakkan. Anda juga disarankan agar kerap melakukan senaman dan aktiviti riadah serta menghindari rokok. Emosi yang stabil dan ceria turut menyumbang kepada perubahan positif, jadi lakukan aktiviti yang boleh menghilangkan tekanan. Pasangan anda amat digalakkan untuk turut serta dalam mengamalkan gaya hidup sihat ini.
Pengambilan ubat seperti gel gambir emas seperti soalan encik merupakan rawatan alternatif. Namun begitu, tiada kajian formal telah dijalankan terhadap ubat ini. Jadi kadar keberkesanannya tidak dapat dikenal pasti dan berbeza untuk setiap individu. Malah, kemungkinan kesan sampingan produk ini juga belum diketahui dan boleh mendatangkan keburukan kepada penggunanya.
Encik dinasihatkan untuk berjumpa doktor bagi mengenal pasti punca sebenar masalah yang encik hadapi.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.