
Sulit
5 tahun
Jenis darah negatif
Saya perempuan berumur 23 tahun. Setelah menderma darah saya mengetahui bahawa saya mempunyai darah b negatif. Apakah beza diantara darah b negatif dan b positif. Adakah darah b negatif tidak elok. Tolongla beri penjelasan. Saya risau kerana darah saya negatif.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, tiada yang perlu dirisaukan apabila anda mempunyai darah yang positif atau negatif. Ianya bergantung jika anda mempunyai faktor Rhesus (Rhesus Factor) ataupun tidak. Jika anda mempunyai faktor Rhesus maka darah anda akan menjadi positif dan jika darah anda tiada faktor Rhesus, darah anda akan menjadi jenis negatif. Anda boleh baca lebih lanjut mengenai jenis darah yang ada di sini.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.