
Sulit
4 tahun
Jerawat Acne Prone Skin
Hello doc, im sorry for dm-ing you but i really want to know the solution about my case.
I’ve been taking doxycycline before for a month and actually need to see doctor for more rawatan lanjutan tetapi saya tak teruskan. Sekarang dah lebih 2 bulan berhenti ambil doxycycline.
Sekarang muka saya breakout semula. Jerawat pon lambat nak sembuh.
Soalannya bolehkah saya ambil ubat doxycycline tu semula atau dah tak boleh?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah jerawat yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, ubat antibiotik secara makan tidak digalakkan untuk diambil dalam jangka masa yang lama. Ianya harus diambil di bawah pemantauan doktor.
Biasanya masalah jerawat boleh diatasi dengan menghindari bahan pencetus jerawat. Bagi mengatasi masalah jerawat anda, puncanya haruslah diketahui sebelum rawatan yang sesuai boleh diberikan. Oleh itu anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut bagi mengetahui punca, dan seterusnya mendapatkan rawatan yang sesuai.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.