
Sulit
5 tahun
Jerawat Berair di Kawasan Alat Sulit
Kerap bintik merah (sebiji atau 2 biji) di kawasan luar bibir vagina dan apabila pecah menjadi sakit. Hilang setelah seminggu lebih. Sedar bila kerap makan seafood mesti ada bintik tu. Sebelum ni ada dokter nasihat kurgkan makan seafood dan diberikan ubat makan dan krim sapu.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan kandidaisis yang disebabkan oleh kulat candida albicans
- Chlamydia yang disebabkan oleh bakteria chlamydia trochomatis
- HPV yang disebabkan oleh virus Human Papiloma Virus (HPV)
- Herpes yang disebabkan virus Herpes Simplex
- Jangkitan kulat pada faraj (tinea versicolor, pityriasis versicolor)
- Jerawat pada faraj
- Tindakbalas alahan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.