
zamriashikin
6 tahun
Jerawat di kemaluan
saya wanita berusia 26 tahun belum berkahwin tapi mempunyai masalah period . Kebiasaannya datang once in a year. And jerawat selalu muncul di kemaluan saya. Tp kadang saya tak pasti ini jerawat atau tidak kerana ianya besar.

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Kami faham akan kebimbangan anda terhadap benjolan yang terdapat di kemaluan anda.Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkannya.Antaranya ialah:
- Infeksi kulit seperti folliculitis(keradangan liang roma )
- Penyakit kelamin seperti siflis , gonorea dan sebagainya
- Bintik Fordyce: di dasarnya di bawah permukaan kulit terdapat kelenjar minyak. benjolan yang sering dianggap sebagai penyakit kelamin. Sering timbul dalam jumlah yang banyak.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih