
Sulit
4 tahun
Jerawat di leher dan muka .seluruh muka ada jerawat yang kecil kecil dan kelihatan kasar dan kulit tidak sekata serta kusam
Saya remaja perempuan berumur 17 tahun, saya mengalami jerawat di seluruh muka bukan sahaja di muka malah di leher serta badan saya. Kulit saya kelihatan kusam dan berminyak. Banyak produk saya telah cuba tapi tiada hasil. Saya perlukan nasihat doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, jerawat pasir juga adalah jerawat. Jerawat pasir atau nama lainnya comedone adalah bentuk lain kepada jerawat yang anda maksudkan.
Sebagai langkah dan tips dalam menangani jerawat, anda perlu tahu bahawa jerawat dapat timbul kerana pada orang yang mempunyai ciri-ciri berikut;
- Sejarah keluarga
- Merokok
- Tekanan Emosi
Ia kemudian berkembang menjadi jerawat apabila terdapat kejadian berikut:
- Peningkatan dalam produksi sebum (akibat penggunaan produk yang salah)
- Infeksi oleh bakteria (akibat kurang mencuci muka dengan benar)
- Masalah hormon seperti polycystic ovarian syndrome (diagnosis dasar yang biasanya disertai dengan masalah haid dan sebagainya)
- Makanan yang berlemak
Jerawat memerlukan perawatan yang lama sehingga kurang lebih 6 bulan kerana jerawat adalah penyakit kronik. Antara yang boleh dilakukan untuk mengurangkan keparahan jerawat adalah:
- Cuci bahagian berjerawat sekurang-kurangnya 2 kali sehari dengan pencuci muka yang lembut
- Elakkan daripada menggunakan kosmetik yang berasakan minyak
- Pilih pencuci atau serum yang mengandungi niacinamide, salicylic acid atau benzoyl peroksida untuk mengurangkan pengeluaran minyak
- Amalkan pemakanan sihat
- Bersenam untuk membaiki pengaliran darah
- Kurangkan stress
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Justeru, anda perlu merujuk doktor agar dapat dinilai tahap beratnya jerawat anda dan agar ubat dan rawatan yang sesuai dapat diberikan. Silakan klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktori secara peribadi melalui atas talian atau klik link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan ahli farmasi kami tentang ubatan yang sesuai untuk kulit anda. Terima kasih.