
Sulit
4 tahun
Jerawat nanah di kemaluan
Saya umur 25 and married. Lepas bersalin saya kerap sakit pada kemaluan. Kadang belah dalam, kadan cuma dibibir kemaluan. Kalini di bibir kemaluan. Bila saya tgk, nampak macam jerawat bernanah. Sbb nampak mcm ada air. Sebelum ni pernah jadi tapi ubat doc bagi semua tak baik2. Saya tak boleh jalan 2 bulan sbb sakit ketika jalan. Boleh saya tahu apa nak kena buat? Saya taknak ke hosp atau klinik lagi sbb saya takut n sensitive kalau berkenaan dgn kemaluan. Please help me

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Penjagaan kawasan kemaluan yang kurang bersih
- Jangkitan kulit oleh kulat, bakteria atau virus
- Folikulitis
- Pakaian dalam yang kurang bersih
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan puncanya dapat dicari dan supaya rawatan dapat diberikan kepada anda.
Buat masa ini, kami sarankan anda untuk lakukan perkara berikut:
- Tingkatkan penjagaan kebersihan di kawasan kemaluan
- Pakai pakaian dalam yang sesuai atau longgar untuk mengurangkan geseran antara kulit dan fabrik
- Elakkan daripada memicit biji-biji tersebut
Sila berjumpa dengan doktor segera sekiranya anda juga mengalami gejela di bawah:
- Sakit ketika membuang air kecil
- Sakit di kawasan ari-ari
- Terdapat cecair berbau atau darah keluar daripada kemaluan anda
- Gejala-gejala yang anda alami mengganggu aktiviti harian dan tidur anda
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.