
Sulit
4 tahun
Jerawat pada miss v
Saya wanita berusia 17thn adakah normal kalau ada jerawat pada miss v? Kalau jerawat itu dipicit ada effect apa-apa ke??

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Gigitan serangga
- Jangkitan virus, bakteria atau kulat
- Penyakit kelamin ( sexually transmitted infection )
- Sista Bartholin ( Bartholin’s cyst )
- Penjagaan kawasan kemaluan yang kurang memuaskan
Kami tidak galakkan anda untuk menyentuh jerawat tersebut kerana kami bimbang anda mendedahkannya kepada permukaan luar dan menyebabkannya ia mudah terjangkit.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.