
Sulit
4 tahun
Jerawat serius dan kulit kusam lebih 20 tahun
Saya berumur 38 tahun.sudah berkahwin dan mempunyai 5 org anak Saya mengalami masalah jerawat yang serius sejak umur 17 tahun. Setiap kali nak datang haid jerawat akan tumbuh dengan banyak di sekitar dagu , rahang dan bahagian tepi muka. Jerawat akan reda seketika selepas habis haid Dan akan berulang 1-2 minggu sebelum sebelum haid seterusnya sekaligus ianya meninggalkan parut. Saya ada membeli diane 35 di farmasi berhampiran tapi masih belum mula mengambilnya. Buat pengetahuan doc setakat ini saya tiada masalah kesihatan dan saya tak pernah ambil sebarang pil perancang sebelum ini. Saya pernah mencuba pelbagai skin care dan suppliment tapi tidak membantu menyelesaikan masalah jerawat saya. Adakah selamat untuk saya mengambil diane 35 ini bagi tujuan merawat masalah jerawat saya yang sudah berlarutan lebih kurang 20tahun ini. Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami bersimpati dengan masalah jerawat yang anda hadapi dan masalah kulit kusam. Untuk makluman anda, jerawat dapat timbul kerana pada orang yang mempunyai ciri-ciri berikut;
- Sejarah keluarga
- Merokok
- Tekanan Emosi
Ia kemudian berkembang menjadi jerawat apabila terdapat kejadian berikut:
- Peningkatan dalam produksi sebum (akibat penggunaan produk yang salah)
- Infeksi oleh bakteria (akibat kurang mencuci muka dengan benar)
- Masalah hormon seperti polycystic ovarian syndrome (diagnosis dasar yang biasanya disertai dengan masalah haid dan sebagainya)
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Berkenaan dengan pertanyaan anda tentang ubat diane35, untuk pengetahuan anda ubat diane35 merupakan sejenis ubat hormon. Pengambilan ubat hormon harus mendapat arahan daripada doktor terlebih dahulu untuk mendapatkan kepastian adakah ubat tersebut sesuai untuk tubuh badan anda, dimana rekod kesihatan anda adalah diperlukan. Maklumat lanjut daripada anda diperlukan dan saya sarankan anda berhubung dengan doktor secara langsung.
Jerawat memerlukan perawatan yang lama sehingga kurang lebih 6 bulan kerana jerawat adalah penyakit kronik. Antara yang boleh dilakukan untuk mengurangkan keparahan jerawat adalah:
- Cuci bahagian berjerawat sekurang-kurangnya 2 kali sehari dengan pencuci muka yang lembut
- Elakkan daripada menggunakan kosmetik yang berasakan minyak
- Pilih pencuci atau serum yang mengandungi niacinamide, salicylic acid atau benzoyl peroksida untuk mengurangkan pengeluaran minyak
- Amalkan pemakanan sihat
- Bersenam untuk membaiki pengaliran darah
- Kurangkan stress
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Justeru, anda perlu merujuk doktor agar dapat dinilai tahap beratnya jerawat anda dan agar ubat dan rawatan yang sesuai dapat diberikan. Anda juga perlu berhenti mengambil ubat jerawat dan sabun yang anda sedang ambil jika anda yakin produk-produk berkenaan menyebabkan masalah jerawat anda semakin teruk. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih