
Sulit
5 tahun
Jerawat yang banyak, besar pada tempat yang berulang
Saya berumur 20+. Saya mempunyai jerawat dari tingkatan 2. Saya pernah pergi jumpa dermatologist dan diberi ubat isotretinoin. Tapi bila saya makan badan saya tak boleh terima dan terdapat side effects yang saya tak tahan. Jadi sekarang apa perlu saya lakukan untuk kurangkan jerawat ni?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. adalah lebih penting untuk anda menghalang pembentukan jerawat yang baru. Sebagai langkah dan tips dalam menangani jerawat, anda perlu tahu bahawa jerawat dapat timbul kerana pada orang yang mempunyai ciri-ciri berikut;
- Sejarah keluarga
- Merokok
- Tekanan Emosi
Ia kemudian berkembang menjadi jerawat apabila terdapat kejadian berikut:
- Peningkatan dalam produksi sebum (akibat penggunaan produk yang salah)
- Infeksi oleh bakteria (akibat kurang mencuci muka dengan benar)
- Masalah hormon seperti polycystic ovarian syndrome (diagnosis dasar yang biasanya disertai dengan masalah haid dan sebagainya)
Jerawat memerlukan perawatan yang lama sehingga kurang lebih 6 bulan kerana jerawat adalah penyakit kronik. Antara yang boleh dilakukan untuk mengurangkan keparahan jerawat adalah:
- Cuci bahagian berjerawat sekurang-kurangnya 2 kali sehari dengan pencuci muka yang lembut
- Elakkan daripada menggunakan kosmetik yang berasakan minyak
- Pilih pencuci atau serum yang mengandungi niacinamide, salicylic acid atau benzoyl peroksida untuk mengurangkan pengeluaran minyak
- Amalkan pemakanan sihat
- Bersenam untuk membaiki pengaliran darah
- Kurangkan stress
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Justeru, anda perlu merujuk doktor agar dapat dinilai tahap beratnya jerawat anda dan agar ubat dan rawatan yang sesuai dapat diberikan. Silakan klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktori secara peribadi melalui atas talian atau klik link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan ahli farmasi kami tentang ubatan yang sesuai untuk kulit anda. Terima kasih.