Sulit
3 tahun
Jewarat dalam telinga
hai doktor saya umur 22 thun. saya nak tanya apakah risiko kalau kita kerap sakit telinga dan dia macam ada jewarat yang tumbuh dalam telinga. kerap kena tu macam setahun 2/3 kali mesti akan kena. kebiasaannya sakit itu ambik masa 2-3 hari dah ok tapi kali ini kena di agak lama sikit dalam 5-7 hari macamtu dan sekarang saya rasa macam telinga saya yang sakit tu makin membengkak. ia boleh dengar tapi tak kuat seolah ada benda dalam telinga saya.
mohon beri penjelasan.
terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham mengenai masalah yang anda alami. Terdapat beberapa perkara yang mungkin dapat menjelaskan mengapa anda mengalami masalah sedemikian:
- Jangkitan telinga (otitis media externa)
- Furuncle
- Bendasing di dalam telinga (foreign body)
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Walaupun begitu, ini hanyalah pandangan kami secara umum mengapa anda mengalami masalah sedemikian. Namun begitu, anda perlu berjumpa dengan doktor untuk mengetahui punca sebenar.
Disebabkan anda menyatakan pendengaran anda berkurangan, kami sarankan anda berjumpa dengan doktor segera untuk mengelakkan perkara yang lebih teruk berlaku.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.
Sekiranya anda mempunyai persoalan lain, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.