
Sulit
4 tahun
Kadar prestasi alat sulit
Adakah akan menjejaskan prestasi zakar selepas mebuat perbedahan rawatan hernia.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Penyakit angin pasang atau Hernia boleh disebabkan oleh perlbagai faktor, antaranya:
- kelemahan otot
- bersalin
- sembelit
- tekanan abdomen yang meningkat
- dan lain-lain
Sebelum mengenal pasti risiko prestasi alat kelamin selepas sesuatu pembedahan, kami memerlukan maklumat yang lebih komprehensif seperti sejauh mana dan kawasan pembedahan, teknik pembedahan, kondisi tubuh pesakit. Namun secara umumnya rawatan Hernia terletak jauh dari alat kelamin, selain itu sedikit info mengenai rawatan pembedahan Hernia adalah:
Sekiranya hernia anda semakin membesar atau menyebabkan kesakitan, doktor mungkin akan membuat keputusan untuk melakukan pembedahan. Doktor anda boleh membaiki hernia dengan menjahit lubang di dinding perut supaya tertutup semasa pembedahan. Ini biasanya dilakukan dengan menampal lubang dengan “surgical mesh”.
Hernia boleh dirawat sama ada dengan pembedahan terbuka atau laparoskopi. Pembedahan laparoskopi akan menggunakan kamera kecil dan peralatan pembedahan yang kecil untuk membaiki hernia hanya dengan melibatkan potongan kulit yang kecil. Pembedahan laparoskopi kurang merosakkan tisu di sekitarnya.
Pembedahan terbuka memerlukan proses pemulihan yang lebih lama. Anda mungkin tidak mampu bergerak secara normal sehingga enam minggu. Pembedahan laparoskopi mempunyai masa pemulihan yang lebih pendek, tetapi risiko untuk hernia itu muncul kembali adalah lebih tinggi.
Inginkan gaya hidup sihat? Suplemen dapat membantu !
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap diatas talian dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih.