
Sulit
4 tahun
Kahak, badan panas sejuk, ulser mulut ada tiga, kepala berdenyut
Hello doc… beberapa harini saya mengalami ulser mulut yang teruk. Ada tiga. 2 didalam mulut, 1 dibibir sehingga menyebabkan saya susah nak buka mulut. Dada saya ketat. Hidung saya berasa ketat, seperti banyak habuk. Tapi saya tak ada sore throat. Macam mana ya doc? Adakah ini simptom simptom covid19? saya takut…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda hadapi. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa sebab mengapa anda mengalami masalah yang disebutkan di dalam ruangan soalan:
- Dehidrasi
- Jangkitan dalam rongga mulut
- Kecederaan pada lapisan mukosa yang menyebabkan ulser
- Serangan asma
- Selsema atau common cold
- Jangkitan paru-paru
Namun begitu, ini hanyalah pandangan kami secara am mengapa anda mengalami masalah sedemikian
Berikut merupakan sedikit info berkenaan COVID-19:
Untuk makluman anda, WHO menyenaraikan simptom biasa untuk jangkitan COVID-19 seperti berikut:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celcius)
- Keletihan
- Batuk
- Sakit-sakit badan
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Sesak nafas
Kami sarankan anda untuk memantau dan mengawasi gejala anda dan segera menghubungi pihak berkaitan sekiranya keadaan anda semakin melarat.
Kami juga menggalakkan anda untuk menjawab kuiz ini di Penilaian Risiko untuk COVID-19 untuk menilai status kesihatan semasa anda berkaitan dengan penyakit ini. Setelah menyelesaikan kuiz ini, anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori. Arahan selanjutnya akan diberikan pada akhir kuiz.
Anda juga boleh mengklik pautan ini untuk meminta secara langsung ujian saringan COVID-19 atau hubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC). Selain daripada itu, anda digalakkan agar terus melakukan kebersihan tangan dengan kerap, pakai topeng muka jika keluar rumah & patuhi SOP PKP & pandemik sesuai garis panduan KKM.
Talian CPRC :
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov.my
Ingin meningkatkan imuniti tubuh? Suplemen merupakan pilihan yang tepat!
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung di atas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini