Sulit
2 tahun
Kahak Berdarah Sebanyak 7-8 Kali dari May
Saya lelaki, 21 tahun
Kahak saya berdarah, kekerapan kahakr berdarah adalah sekali dalam 2-3 minggu. Saya alami dari bulan may
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, kahak berdarah boleh disebabkan oleh beberapa perkara, contohnya:
- Jangkitan paru-paru
- Kecederaan pada sistem pernafasan
- Kerap batuk (berjangka pangjang)
- Kecederaan pada saluran darah paru-paru
- Keradangan pada sistem pernafasan
- Ketumbuhan pada sistem pernafasan
Untuk mengetauhi punca penyebab masalah ini, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta ujian tambahan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Paru-paru.