fazi1301
4 tahun
Kahak dan hingus berdarah
Sejak semalam saya perasan ada darah dalam hingus dan kahak. Sebelum ini, sy mengalami selesema yg berpanjangan dan tidak kering berbulan2. Sejak seminggu lepas saya kena sakit mata, dan 1-2 hari lepas sy mengalami simptom demam on off. Adakah keadaan ini serius utk sy merujuk dan berjumpa dr?
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Untuk makluman pihak anda, terdapat beberapa penyebab batuk berdarah. Antaranya:
- Luka pada tekak akibat batuk berlebihan
- Luka daripada rongga hidung mengalir ke tekak
- Jangkitan paru-paru
- Terdapat masalah pembekuan darah / darah cair
- Pendarahan di dalam rongga paru-paru, saluran pernafasan atau perut
Untuk mengetahui punca batuk berdarah anda, maklumat lanjut dan pemeriksaan haruslah dilakukan. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara atas talian bagi konsultasi secara peribadi. Terima kasih.