
Sulit
4 tahun
Kahak degil tetapi tidak batuk / demam
Saya dah 7 hari mengalami kahak di tekak tetapi tidak batuk atau demam. Kahak ni ni seakan-akan tersekat di tekak. Bila baring kanan kahak ini akan mengalir ke arah tersebut. Ubat cairkan kahak pun saya dah cuba utk atasi masalah ini tetapi tetap sama. Kahak ini berbuih putih jernih. Pada mula mengalami kahak ini warna kahak hampir nampk warna kuning hijau sikit dan ada sakit di tekak tetapi bila dah makan ubat batuk sakit tekak tidak ada tapi kahak putih tersekat ditekak dan berwarna putih jernih berbuih. Setiap malam tidur tidak selesa. sering kali kahak tersebut menyebabkan hidung saya tersumbat bila baring mengiring. Apakah cara untuk mengatasi masalah saya ini.?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Kami memahami kembimbangan anda mengenai masalah kahak anda yang dialami kebelakangan ini. Untuk makluman anda, terdapat beberap penjelasan yang boleh diberi yang berkait dengan masalah kahak berlebihan dan berwarna kuning hijau iaitu:
- Kahak berwarna kuning atau hijau adalah tanda-tanda jangkitan kuman pada tekak atau ruang hidung.
- Jangkitan kuman ini menyebabkan keradangan pada kawasan ruangan hidung, mulut dan tekak dan menyebabkan rembesan kahak menjadi lebih banyak berbanding normal. Ini merupakan salah satu sistem pertahanan badan anda. Ia juga boleh melibatkan salur pernafasan dan paru-paru
- Jangkitan kuman pada paru-paru seperti Pneumonia dan penyakit Tuberculosis. Namun, penglibatan paru-paru akan menyebabkan gejala batuk.
- Keradangan atau jangkitan kuman pada tonsil (Tonsilitis) yang boleh menyebabkan tonsil bengkak. Selalunya ia akan disampingi dengan gejala sakit tekak.
- Alahan pada persekitaraan atau makanan yang boleh menyebabkan kahak berlebihan.
- Keradangan sinus akibat jangkitan.
- Cecair hidung yang jatuh ke tekak (Postnasal Drip)
Hidung tersumbat dan sukar bernafas? Dapatkan kelegaan segera.**
**
Dengan itu, kami boleh cadangkan anda untuk melakukan beberapa perkara ini yang boleh dilakukan di rumah iaitu:
- Gunakan alat pelembap udara atau memastikan udara persekitaran tidak kering.
- Bersenam. Ini akan membuatkan salur penafasan dan ruangan hidung yang tersumbat dengan kahak atau hingus menjadi lebih senang berkembang dan melancarkan aliran udaran bagi pernafasan yang melegakan.
- Banyakkan minum air
- Makan dengan perlahan
- Berkumur dengan air garam. Namun, keberkesanan kaedah ini adalah subjektif pada setiap individu.
- Amalkan pemakanan madu.
- Tidur dengan posisi kepala yang tinggi. Gunakan bantal lebih
Selain itu, anda juga boleh mendapatkan ubat kahak atau ubat melegakan hidung tersumbat dari farmasi yang berdekatan. Pastikan anda berjumpa dengan doktor anda terlebih dahulu bagi memastikan punca masalah serta mendapatkan cadangan rawatan atau ubat yang terbaik untuk situasi anda. Kadangkala, anda memerlukan sejenis ubat yang mengandungi Anti-histamine dalam bentuk pil atau sembur bagi melegakan masalah kahak yang boleh disebabkan oleh alahan.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.