
netaneelj
4 tahun
Kahak di bahagian leher
saya lelaki berumur 20 tahun.masalah saya ini tak susah .cuma kahak kat leher ni .membuatkan stress…susah nak nyanyi lagu tinggi selalunya smua lagu tinggi dpat nyanyi tapi semenjak ada kahak ni susah pulak hehe…sya tak merokok .pls bantu

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Kahak yang berlebihan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya ialan;
- jangkitan kuman dan virus pada saluran pernafasan atas
- tindakbalas alahan
- radang pada sinus (sinusitis)
- masalah dalam paru-paru seperti bronchitis dan brochiecstasis
Terdapat pilihan rawatan untuk menyelesaikan masalah anda. Namun, anda memerlukan konsultasi dan preskripsi doktor dahulu. Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih