
Sulit
4 tahun
Kahak lebih 2 bulan sehingga bau dalam mulut yang tidak selesa
Saya berusia 37 tahun… Saya mengalami masalah kahak dah lebih 2 bulan sehinggakan saya rasa tidak selesa kerana terasa bau dalam mulut yang x menyenangkan tapi x batuk… Minta pendapat doktor

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberap penjelasan yang boleh diberi yang berkait dengan masalah kahak berlebihan iaitu:
- Kahak berwarna kuning atau hijau adalah tanda-tanda jangkitan kuman pada tekak atau ruang hidung.
- Jangkitan kuman ini menyebabkan keradangan pada kawasan ruangan hidung, mulut dan tekak dan menyebabkan rembesan kahak menjadi lebih banyak berbanding normal. Ini merupakan salah satu sistem pertahanan badan anda. Ia juga boleh melibatkan salur pernafasan dan paru-paru
- Jangkitan kuman pada paru-paru seperti Pneumonia dan penyakit Tuberculosis . Namun, penglibatan paru-paru akan menyebabkan gejala batuk.
- Keradangan atau jangkitan kuman pada tonsil ( Tonsilitis ) yang boleh menyebabkan tonsil bengkak. Selalunya ia akan disampingi dengan gejala sakit tekak.
- Alahan pada persekitaraan atau makanan yang boleh menyebabkan kahak berlebihan.
- Keradangan sinus akibat jangkitan.
- Cecair hidung yang jatuh ke tekak ( Postnasal Drip )
Hidung tersumbat dan sukar bernafas? Dapatkan kelegaan segera.
Dengan itu, kami boleh cadangkan anda untuk melakukan beberapa perkara ini yang boleh dilakukan di rumah iaitu:
- Gunakan alat pelembap udara atau memastikan udara persekitaran tidak kering.
- Bersenam. Ini akan membuatkan salur penafasan dan ruangan hidung yang tersumbat dengan kahak atau hingus menjadi lebih senang berkembang dan melancarkan aliran udaran bagi pernafasan yang melegakan.
- Banyakkan minum air
- Makan dengan perlahan
- Berkumur dengan air garam. Namun, keberkesanan kaedah ini adalah subjektif pada setiap individu.
- Amalkan pemakanan madu.
- Tidur dengan posisi kepala yang tinggi. Gunakan bantal lebih
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.