
Anonymous
4 tahun
Kahak/lendir berdarah
Setiap pagi, sy akn setiasa membuang lendir yg ada pd bahagian kerongkong dan saluran hidung yg membuat sy rasa tak selesa. Dan hampir setiap pagi lendir tu akan keluar secara berketul seperti kahak bercampur ketulan darah. Kadang2 hanya keluar lendir dan ketulan darah ataupun lendir sahaja. Sy tidak ada sebarang masalah sakit tekak, batuk ataupun selsema. Tetapi lendir tu seperti sentiasa ada dan buat sy tak selesa jika sy tak membuangnya.

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Terdapat beberapa penyebab kahak atau lendir berlebihan yang pada hidung dan tekak. Radang pada tekak atau hidung adalah penyebab utama lendir dan kahak dan selalunya keradangan adalah disebabkan oleh:
- Jangkitan bakteria atau virus
- Allergi
- Terdapat object asing di dalam rongga tersebut
- Asma
- Jangkitan di dalam sinus
Darah yang keluar mungkin disebabkan oleh luka pada rongga tersebut akibat tindakan sering menghembus atau membuang kahak atau lendir ini. Rongga hidung dan tekak adalah sensitif dan mudah luka.
Anda juga mungkin mempunyai masalah lain yang mengakibatkan perkara ini. Oleh itu adalah disarankan agar anda merujuk masalah ini kepada doktor agar maklumat lanjut dapat diberikan serta pemeriksaan atau ujian dapat dibuat sekiranya perlu. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami yang bertauliah secara atas talian.
Terima kasih.