
audrynadaniaastin
4 tahun
Kahak & lendir berdarah
Saya tidak ada masalah sakit tekak/batuk/sakit dada tapi kadang2 pada waktu pagi saya akan membuang lendir berserta darah… saya tak tahu darah tersebut datang daripada mana. Boleh terangkan pada saya? Terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Terdapat pelbagai punca yang mampu menyebabkan masalah tuan jika tuan maksudkan darah/ lendir keluar dari mulut. Antaranya ialah;
- pendarahan dalam rongga hidung, mulut atau tekak terutamanya perubahan cuaca atau kecederaan
- masalah darah tidak beku seperti penyakit Von Willebrand
- jangkitan kuman dan bakteria terutamanya pada paru-paru
- tibi
- penyakit sepanjang esofagus
Oleh kerana pelbagai sebab boleh menjadi punca puan mengalami masalah tersebut kami perlu mengajukan beberapa soalan kepada puan untuk mengenalpasti dengan tepat penyebab masalah puan. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih