Sulit

3 tahun

Kahak Pekat serta Nafas Berbau

Saya mengalami masalah kahak yang pekat serta nafas berbau.Memang sangat tidak selesa bila dekat dengan orang.Baru hembus nafas ikut hidung je orang dah lari sebab bau busuk.Sy rasa sy ada masalah resdung dan gigi sy yang belakang sekali agak renggang dengan gusi.Jadi mcm ada lubang di tengah-tengah antara gigi dan gusi.Selalu sisa makanan mesti ada dalam tu. Saya dh kerap kali cuci,berus,gosok,tonyoh,kumoq dan macam-macam tapi nafas saya tetap berbau.Adakah ini penyebab nafas sy berbau? Apa yang sy perlu buat? sy sedih kawan-kawan semua jauhkan diri mereka daripada saya. Keyakinan diri sendiri pun dah takda. Mohon bantuan dan pencerahan dari Doktor. Terima Kasih Doktor. Semoga Doktor dimurahkan rezeki selalu sihat selalu serta sukses dalam kerjaya. Terima Kasih Doktor

Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.

Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu nafas berbau. Untuk makluman anda, terdapat pelbagai kemungkinan yang menyumbang kepada masalah nafas berbau. Di bawah adalah senarai penyebab utama nafas berbau.

  • Tidak menjaga kebersihan mulut
  • Makanan dan minuman
  • ‘Diet’ atau puasa
  • Mulut kering
  • Merokok
  • Jangkitan
  • Alahan
  • Gigi palsu/braces:
  • Ubat
  • Zenker’s diverticulum
  • Tonsilitis

Banyak langkah boleh diambil untuk menghilangkan nafas berbau busuk. Kebanyakan langkah ini boleh diambil dengan mudah. Di bawah adalah senarai nasihat dan petua untuk menghilangkan bau busuk di mulut.

  • Gosok gigi setiap hari dan jika perlu lebih kerap dari dua kali sehari. Pastikan anda mengosok dengan berhati-hati tetapi meliputi seluruh bahagian mulut termasuk di celah gigi dan permukaan lidah dan gusi.
  • Berus gigi elektronik mungkin lebih efektif dalam membersihkan permukaan yang susah dibersihkan
  • Ganti berus gigi setiap tiga empat bulan. Terdapat berus gigi mempunyai bahagian berwarna yang akan pudar sebagai peringatan untuk menukar berus gigi tersebut.
  • Berus gigi setiap kali selepas makan.
  • Menggunakan alat pembersih lidah. Ia akan mengesat permukaan lidah dan membuang kotoran di lidah. Gunakan dengan berhati-hati agar tidak mencederakan lidah.
  • Berkumur dengan ‘mouthwash’. Walaubagaimanapun, ini bukan bermaksud anda tidak perlu menggosok gigi.
  • Bersihkan gigi palsu jika anda menggunakannya. Basuh dengan air suam dan guna berus gigi lain. Jangan guna ubat gigi kerana ia boleh merosakkan gigi palsu.
  • Berhenti merokok. Ini juga langkah yang sangat baik untuk kesihatan.
  • Kurangkan minum alkohol.
  • Kurangkan minum kopi.
  • Minum air putih secukupnya.
  • Kunyah ‘chewing gum’ yang tidak bergula selepas makan kerana ia akan menggalakkan penghasilan air liur.
  • Kurangkan makanan dan minuman manis. Gula adalah sumber makanan bakteria.

Jika langkah di atas tidak berkesan, sila berjumpa dengan doktor gigi untuk mendapat nasihat selanjutnya terutamanya jika terdapat simptom lain seperti gusi berdarah, gusi bengkak atau sakit gigi. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih

image

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (31)