Sulit

2 tahun

Masalah nafas berbau

Hi, sy wanita berumur 28 tahun. Saya mengalami masalah nafas berbau yg sangat teruk hingga membuatkan saya rendah diri dan tdk mahu bergaul dgn sesiapa termasuk rakan sekerja. Sy amalkan memberus gigi selepas mkn dan sblm tidur tp masih lg sama hinggakan terpaksa memakan gula-gula berangin (mentos mint) sepanjang masa bg menghilangkan bau nafas. Apa perlu sy lakukn?

Salam sejahtera,

Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan mulut anda.

Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda menghadapi masalah nafas berbau dan ingin mengetahui jalan penyelesaiannya.

Untuk makluman pihak anda, antara punca mulut berbau adalah dari:

  • Masalah tonsil
  • Masalah sinus
  • Masalah gigi dan gusi
  • Makanan yang mengeluarkan bau seperti bawang putih, petai
  • Mulut yang kering akibat kurang minum air atau berpuasa
  • Masalah berkaitan perut

Di bawah adalah senarai nasihat dan petua untuk menghilangkan bau busuk di mulut.

  • Gosok gigi setiap hari dan jika perlu lebih kerap dari dua kali sehari. Pastikan anda mengosok dengan berhati-hati tetapi meliputi seluruh bahagian mulut termasuk di celah gigi dan permukaan lidah dan gusi.
  • Berus gigi elektronik mungkin lebih efektif dalam membersihkan permukaan yang susah dibersihkan
  • Ganti berus gigi setiap tiga empat bulan. Terdapat berus gigi mempunyai bahagian berwarna yang akan pudar sebagai peringatan untuk menukar berus gigi tersebut.
  • Berus gigi setiap kali selepas makan.
  • Menggunakan alat pembersih lidah. Ia akan mengesat permukaan lidah dan membuang kotoran di lidah. Gunakan dengan berhati-hati agar tidak mencederakan lidah.
  • Berkumur dengan ‘mouthwash’. Walaubagaimanapun, ini bukan bermaksud anda tidak perlu menggosok gigi.
  • Bersihkan gigi palsu jika anda menggunakannya. Basuh dengan air suam dan guna berus gigi lain. Jangan guna ubat gigi kerana ia boleh merosakkan gigi palsu.
  • Berhenti merokok. Ini juga langkah yang sangat baik untuk kesihatan.
  • Kurangkan minum alkohol.
  • Kurangkan minum kopi.
  • Minum air putih secukupnya.
  • Kunyah ‘chewing gum’ yang tidak bergula selepas makan kerana ia akan menggalakkan penghasilan air liur.
  • Kurangkan makanan dan minuman manis. Gula adalah sumber makanan bakteria.

Anda perlu mendapatkan nasihat doktor untuk diagnosis yang tepat dan rawatan awal bagi mengelakkan berlakunya keadaan yang tidak diingini.

Saya berharap kenyataan diatas dapat membantu dan sekiranya anda memerlukan penjelasan yang lebih lanjut, anda boleh bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Jagalah kesihatan gigi dan gusi anda dan jauhkan diri anda dari masalah berpunca dari gigi dan gusi yang tidak sihat.

timothy-dykes-x7Xn9yMyf30-unsplash%20(1)

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (31)