Sulit

2 tahun

Nafas berbau, lidah putih dan kuning dan lidah berbau

saya seorang pelajar kolej. saya tiada keyakinan diri untuk berkomunikasi dengan orang-orang yang saya kenali termasuklah keluarga dan rakan di kolej kerana masalah bau mulut. saya telah mencuba pelbagai cara seperti cuci gigi di klinik, memberus lidah kerana berwarna putih dan kuning dan sentiasa memberus gigi. setiap kali mengeluarkan lidah secara tidak sengaja, lidah mengeluarkan bau yang tidak enak dan saya malu dengan keadaan bau mulut saya. bolehkah doktor memberikan rekomendasi produk yang boleh saya gunakan untuk menghilangkan bau mulut seperti cecair untuk kumur atau spray mulut yang bagus? setiap klinik yang saya pergi mengatakan gigi saya elok cuma masalah ini sahaja yang membuatkan saya tiada keyakinan.
terima kasih :slight_smile:

Salam sejahtera,

Terima kasih atas soalan anda.

Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.

Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:

  • Tidak menjaga kebersihan mulut : Ini adalah punca utama nafas berbau busuk. Di dalam mulut, terdapat bakteria yang hidup di permukaan gigi, gusi dan lidah yang menyebabkan bau busuk. Bakteria terutamanya yang hidup di celah gigi dan juga boleh menyebabkan penyakit gusi dan gigi rosak. Bakteria ini lebih aktif dan membiak lebih banyak jika terdapat makanan yang tersekat di celah gigi atau di atas permukaan lidah.

  • Makanan dan minuman : Terdapat beberapa jenis makanan yang berbau kuat dan tidak menyenangkan. Antara makanan yang kuat baunya adalah bawang putih, petai dan rempah ratus. Minuman seperti alkohol dan kopi juga boleh menyebabkan mulut berbau. Kopi juga menyebabkan mulut kering dan menjadikan nafas berbau.

  • ‘Diet’ atau puasa : Apabila kita tidak makan dalam jangka masa panjang yang lama, badan kita akan membakar lemak untuk mendapatkan tenaga. Antara produk yang terhasil adalah bahan kimia bernama ‘ketone’. Tahap ‘ketone’ yang tinggi akan membuat nafas berbau.

  • Mulut kering : Mulut kita sentiasa basah kerana terdapat kelenjar yang menghasilkan air liur untuk membasahi bahagian dalam mulut. Selain dari membantu dalam proses penghadaman, air liur juga berfungsi untuk membersihkan mulut dari bakteria. Punca utama mulut kering adalah tidak minum air dengan secukupnya. Antara penyakit yang menyebabkan mulut kering adalah masalah kelenjar air liur dan Sjogren’s syndrome. Mulut kering juga adalah mengapa di waktu pagi mulut akan berbau kerana penghasilan air liur berkurang pada waktu malam. Istilah bagi mulut kering adalah “xerostomia”.

  • Merokok : Merokok bukan sahaja menyebabkan nafas berbau tetapi juga menyebabkan gigi bertukar kepada warna kekuningan. Merokok juga meningkatkan risiko mendapat jangkitan gusi yang menyumbang kepada bau busuk di mulut.

  • Jangkitan : Jangkitan kuman di dalam mulut boleh membawa kepada bau busuk akibat bakteria. Selain daripada jangkitan gusi, jika seseorang selsema atau batuk, cecair dari jangkitan tersebut akan turun ke tekak dan juga menyebabkan bau busuk.

Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.

Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

perempuan%206

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (50)