
Anonymous
5 tahun
Kaki bengkak dan kulit pecah berair
ibu saya umur 50an mengalami kaki bengkak berair… terdapat kesan tompokan pecahan kulit di jari kaki…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Masalah kaki bengkak biasanya boleh disebabkan oleh:
-Kelemahan hati atau heart failure
-Kegagalan buah pinggang atau chronic kidney failure
-Cirosis hati atau liver cirrhosis
-Nephrotic syndrome
-Saluran limfa yang tersumbat atau lymphedema
-Ubatan terutamanya ubatan darah tinggi
-Duduk atau berdiri terlalu lama
Bagi mengatasi masalah anda, puncanya haruslah diketahui sebelum rawatan yang sesuai boleh diberikan. Oleh itu anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini bersama doktor, dan seterusnya mendapatkan rawatan yang sesuai.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami. Terima kasih.