Sulit

3 tahun

Kaki bengkak dan tangan sering berasa kebas

Saya wanita berusia awal 30-an…kebelakangan ini tangan saya sebelah kanan sering berasa kebas - kebas terutamanya pada waktu pagi dan ketika melakukan kerja - kerja di pejabat dan kerja rumah.
Selain tu sejak dua minggu lepas kedua-dua belah kaki saya naik bengkak dan sakit.Apabila saya meletakkan ubat pada bengkak tersebut, ia menjadi kemerahan dan seperti luka.kaki saya makin rasa sakit dan berdenyut2.
Mohon pencerahan dan pandangan daripada doktor tentang apakah punca dan cara mengubati sakit saya ini. Terima kasih.

Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Gejala yang anda alami dapat dikaitkan dengan pelbagai masalah atau gangguan, sehingga ia memerlukan pemeriksaan yang lebih komprehensif bagi menetukan rawatan yang terbaik.

Umunya, bengkak yang sistemik (baca: seluruh tubuh atau kedua-dua belah badan) berpunca dari penyakit seperti:

  • penyakit rematik
  • penyakit ginjal
  • penyakit jantung / kardiovaskular
  • penyakit endokrin
  • gangguan saluran limfa
  • gangguan organ hati

Saya menyarankan anda untuk tidak meletakkan apa-apa jenis ubat di kawasan yang bengkak lagi dimasa akan datang, kerana ia dapat memburukkan lagi keadaan. Kemerahan yang berlaku berkemungkinan disebabkan oleh:

  • anda mempunyai alahan (baca: allergic) terhadap ubat yang disapu
  • ubat tersebut adalah kontraindikasi (baca: contraindication) kepada kondisi bengkak anda
  • ubat tersebut sudah tidak boleh digunakan lagi
  • penyebab yang lain, yang tidak terkait dengan ubat tersebut

Anda boleh:

  • sekiranya terdapat luka, cuci luka tersebut dengan air sejuk
  • memastikan kebersihan pada daerah bengkak terjaga
  • apabila berbaring, meletakkan kaki sedikit lebih tinggi daripada badan sekitar 30 darjat (baca: leg elevation )
  • memastikan anda mempunyai gaya hidup yang sihat dari segi pemakanan dan aktviti riadah

Untuk mengetahui punca masalah sebenar anda perlu mendapatkan rawatan dan pemeriksaan lanjut yang lebih komprehensif. Tambahan lagi anda juga boleh mendapatkan informasi secara langsung (di atas talian) dengan doktor kami yang bertugas kami di (DoctorOnCall).

Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!

AdobeStock_59157407

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (50)