Daud

5 tahun

Kaki bengkak selepas tekanan darah tinggi normal

Selamat pagi doktor, saya berumur 36 tahun. sebulan lepas doktor telah memberi saya ubat untuk darah tinggi. Kini tekanan darah saya normal tetapi kaki saya bengkak. adakah normal?

Dr Ilias,

5 tahun

Terima kasih atas persoalan anda kepada pihak kami. Terdapat beberapa kondisi yang boleh menyebabkan kaki anda bengkak. Sebagai contoh, gigitan serangga, penyakit gout, athritis, masalah jantung dan juga masalah buang pinggang kesemuanya boleh menjadikan kaki seseorang itu bengkak. Maaf saya bertanya, pada bahagian manakah bengkak itu berlaku?

Berdasarkan deskripsi anda, bengkak di kaki anda boleh terjadi akibat anda sedang mengambil ubat tekanan darah tinggi. Bengkak di kaki dan buku lali adalah salah satu daripada kesan sampingan kelas ubat yang dikenali sebagai penyekat saluran kalsium, yang digunakan dalam rawatan hipertensi. Beberapa contoh penyekat saluran kalsium adalah seperti:-

  • amlodipine
  • nifedipine
  • verapamil

Ubat-ubatan ini datang dalam pelbagai nama pasaran tetapi mereka semuanya mempunyai fungsi yang sama, iaitu untuk mengurangkan tekanan darah. Perbezaannya mungkin dari segi dos ubat tersebut. Bengkak di pergelangan kaki adalah kesan sampingan yang tidak diingini, dan adalah baik jika berjumpa dengan doktor anda segera.

Selamat petang.

Kaki yang bengkak didefinasikan sebagai bengkak di mana-mana bahagian kaki termasuk peha, betis, buku lali dan tapak kaki. Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan kaki yang bengkak. Mekanisme utama untuk bengkak kaki terbahagi kepada dua, iaitu pengumpulan cecair atau cecair yang terperangkap dalam tisu kaki, dan radang dan kecederaan tisu di bahagian kaki.

Antara punca untuk kaki sebelah yang bengkak adalah:

• Deep vein thrombosis (DVT) iaitu bekuan darah di dalam saluran darah kaki
• Cellulitis, sejenis jangkitan kulit bakteria yang menyebabkan bengkak, kemerahan serta kesakitan. Pesakit kencing manis mempunyai risiko tinggi untuk menghidap penyakit ini
• Chronic venous insufficiency atau pembuluh darah yang telah terjejas di kaki
• Trauma atau kecederaan kaki seperti tulang patah, kecederaan tendon/ligamen/otot, terseliuh dan penyakit gout
• Ubatan terutamanya ubat darah tinggi

Antara punca kedua-dua belah kaki yang bengkak ialah:

• Kelemahan hati atau heart failure
• Kegagalan buah pinggang atau chronic kidney failure
• Cirosis hati atau liver cirrhosis
• Nephrotic syndrome
• Saluran limfa yang tersumbat atau lymphedema
• Ubatan terutamanya ubatan darah tinggi
• Duduk atau berdiri terlalu lama

Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan anda. Kaki yang bengkak juga dipanggil sebagai edema dalam istillah perubatan. Ia merupakan kebengkakan yang disebabkan oleh koleksi air berlebihan yang terperangkap dalam tisu badan anda. Edema boleh berlaku di mana-mana tubuh badan anda, tetapi kebengkakan adalah lebih jelas di bahagian kaki, tangan, gelang kaki dan lengan anda. Kebengkakan kaki sebegini boleh disebabkan oleh beberapa faktor, contohnya masalah jantung, masalah buah pinggang, masalah hati, masalah saluran darah, kehamilan dan penggunaan sesetengah ubat.

Sekiranya anda mempunyai kaki bengkak, anda akan mempunyai tanda kulit yang diregangkan, kulit yang terpuruk setelah ditekan dan kesakitan apabila ditekan bagi sesetengah pesakit. Jadi anda mempunyai darah tinggi dan telahpun makan ubat untuk darah tinggi. Setelah makan ubat darah tinggi, tekanan darah anda menjadi normal bermaksud darah tinggi anda telahpun terkawal. Ia berkemungkinan besar disebabkan oleh ubat darah tinggi.

Antara pelbagai jenis ubat darah tinggi, bengkak kaki merupakan kesan sampingan yang biasa bagi penggunaan ubat jenis calcium channel blocker. Bengkak kaki sebegini perlu dirawat kerana ia boleh memberikan tekanan kepada saluran darah dan tisu di bahagian kaki anda, menyebabkan komplikasi yang tidak diingini. Bagi punca bengkak kakit sebegini, anda perlu merujuk kepada doktor agar puncanya dapat dikenal pasti serta dirawat.

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (102)