Sulit
3 tahun
Kaki Dan tangan berasa sejuk
Saya Wanita berusia 30tahun…lepas bersalin emergency czer Saya mengalami simptom kaki Dan tangan sejuk…kadang effect sakit Dada mencucuk sekejap Dan hilang bila tenang…Dan kadang Saya mengalami sakit kepala sebelah kanan sehingga sakit dibahagian Mata kanan Dan tengkuk…boleh doktor bagi penjelasan mengenai sakit yang Saya alami Ni…terima kasih
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Pertama sekali, kami ingin mengucapkan tahniah kepada puan selepas selamat melahirkan anak.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Sakit kepala boleh disebabkan banyak sebab dan dipengaruhi oleh pelbagai faktor.
Kebiasan pesakit yang mengalami sakit kepala tergolong dalam sakit kepala primer iaitu melibatkan sakit kepala migrain, sakit kepala jenis berkelompok dan sakit kepala sakit kepala ketegangan. Majoriti daripada sakit kepala boleh datang dari kumpulan sakit kepala jenis primer. Jika bukan daripada sakit kepala jenis primer, maka sakit kepala itu akan disebabkan daripada sakit kepala jenis sekunder.
Sakit kepala jenis sekunder boleh disebabkan masalah yang menyebabkan tekanan di dalam ruang tengkorak meningkat daripada paras yang normal. Selain itu, sakit kepala sekunder juga boleh disebabkan masalah yang berlaku di luar tengkorak seperti glaukoma, sinusitis dan jangkitan sistem pendengaran atau otitis media. Sinusitis merupakan salah satu sebab utama sakit kepala jenis sekunder dalam kalangan rakyat Malaysia.
Antara simptom-simptom yang dialami oleh pesakit sinusitis adalah seperti sakit kepala, sakit pada bahagian muka, hidung tersumbat, hidung atau mata berair, demam dan juga muka menjadi merah. Sinus adalah ruang yang mempunyai udara dikelilingi tulang yang berfungsi untuk meringankan tekanan dalam kepala kita. Sinusitis akan terjadi apabila ruang yang mengandungi udara tersebut penuh dengan lendir yang dirembeskan apabila kita mengalami infeksi trakus pernafasan atas atau selsema yang berpanjangan. Disebabkan oleh itu, pesakit yang mengalami sinusitis akan berasa berat kepala dan tidak selesa dan sering kali penyakit sinusitis ini disalah anggap ianya sebagai serangan migrain.
Berkenaan dengan sejuk pada kaki da tangan, serta sakit dada, gejala yang anda alami boleh disebabkan oleh perasaan gementar atau kerisauan, atau stress yang juga boleh turut menyebabkan sakit kepala. Selepas bersalin, anda juga mungkin kurang berehat akibat menjaga bayi yang masih kecil. Ini boleh menyumbang kepada gejala yang anda alami.
Untuk mengetahui masalah sebenar punca gejala yang anda alami, serta bagi mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami.
Puan juga boleh merujuk kepada doktor pakar jika ingin maklumat lanjut.
Terima kasih