
Sulit
3 tahun
Kaki dan tangan rasa lemah ( saraf atau tulang?)
Saya berumur 28, perempuan. Beberapa hari ini, tangan kiri (siku ke jari) rasa lemah terutama ketika sembahyang, bila tangan menongkat badan utk bangun drpd sujud. Hari ini pula, saya sukar berjalan apabila kaki kanan sakit ( tak boleh pijak rata , sebab bahagian tumit rasa sakit) , bhg jari kaki dan buku kali rasa mcm bergerak sendiri dan lemah tangan kanan.
Adalah ini petanda utk penyakit yang lebih serius?
Additional : Saya ada asthma dan baru2 ini ada menggunakan inhaler : symbicort.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan soalan di atas, anda mempunyai masalah sendi pada tangan kiri, kaki kanan, jari kaki serta buku lali. Anda juga baharu saja menukar ubat asma. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, Symbicort adalah alat sedut asma yang selamat dan berkesan untuk mengurangkan episod serangan akut. Kesan sampingan yang sering dilaporkan adalah:
- degupan jantung laju
- jangkitan kandida
- pneumonia
- sakit kepala
- menggigil
- batuk
- sakit tekak
- Sindrom Cushing
Masalah kekuatan sendi dan sakit tulang yang anda nyatakan seiring dengan sindrom Cushing. Namun, ini hanyalah diagnosis umum. Kerana masalah Cushing mengambil masa bertahun-tahun untuk muncul daripada penggunaan Symbicort.
Kami tidak dapat memberi nasihat rawatan atau diagnosis tepat tanpa perincian simptom, pemeriksaan fizikal atau ujian klinikal yang sepatutnya.
Bagi pertanyaan lanjut, sila rujuk kepada doktor anda atau doktor kami secara atas talian. Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.