
herleanadamiea
4 tahun
Kaki lenguh dan kurang tidur
Saya perempuan 13 tahun dan saya alami kaki berasa lenguh lately ni. Saya rasa kaki tidak selesa bila saya baring. jika saya luruskan kaki saya , ia akan meletup. Setiap kali saya luruskan , ia akan berbunyi . Tapi selepas ia berbunyi , kaki saya berasa sedikit selesa. tapi tidak lama. Kadang-kadang susah nak tidur sebb kaki berasa tak selesa. Gerakkan kaki sikit , berbunyi. kalau saya duduk pon sama. ia ganggu ketenteraman saya dalam kelas. Rasa amat lenguh. Saya alami ini sejak awal tahun. Adakah ini normal ?
persoalan kedua - kurang tidur
saya sejak dua menjak ni susah nak tido malam. saya cuba lelapkan diri saya tapi tidak boleh. pada waktu siang hari pula , saya berasa lesu , lemah dan tiada tenaga. Waktu PJ di sekolah pon saya penah tertido tepi court. Dalam kelas mudah terlelap sewaktu pembelajaran. Saya murid asrama. Tetapi jika saya dapat tidur yg cukup waktu malam , saya tetap akan berasa lemah pada siang hari. Saya berasa tidak dapat rehat yg secukupnya.Saya juga mendapati susah untuk mengingat sesuatu benda.Saya berasa pening/sakit kepala setiap masa. Susah untuk focus. Saya jujur, pada waktu malam saya menggunakan telefon bimbit dalam gelap sebelum tidur. Saya adalah buat research , ada yang mengatakan ini simptom insomnia tapi saya tidak mahu self diagnose. Saya berharap saya dapat keterangan lanjut. Terima kasih , Doctor !

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, masalah kaki lenguh anda boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Otot keletihan
- Otot kekurangan oksigen
- Kekurangan air/”Dehydration”
- Kekurangan mineral dalam badan
- Kelemahan otot yang kurang aktif
- Masalah sendi
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Bagi masalah kurang tidur anda pula. Untuk pengetahuan anda, insomnia adalah suatu keadaan dimana seseorang individu mempunyai masalah tidur. Individu yang terjejas dengan penyakit ini akan mendapati diri mereka sama ada mempunyai kesukaran untuk tidur, kekal di dalam tidur ataupun rasa tidur yang tidak cukup dan puas. Tiada sebarang ukuran yang objektif bagi memastikan tempoh tidur yang cukup untuk manusia biasa walaupun secara umumnya kita dinasihatkan untuk mendapat tidur antara 6-8 jam sehari.
Penyakit insomnia ini berlaku apabila terdapat kekacauan di dalam tindakan mahupun penghasilan melatonin. Bahan kimia semulajadi ini bertanggungjawab bagi mengawal kitaran tidur normal untuk seseorang manusia. Sekiranya jumlah yang dihasilkan tidak cukup, atau pun terdapat masalah dalam fungsi melatonin itu, kitaran akan terganggu seterusnya membawa kepada masalah tidur.
Simptom-simptom yang biasa didapati dari individu yang terkesan dari insomnia ini adalah:
- Kesukaran untuk tidur dan kekal di dalam tidur
- Letih dan mengantuk pada siang hari
- Menjadi pelupa dan tidak dapat berfikir dengan tepat
- Menjadi murung, cepat marah dan resah
- Mempunyai tenaga yang sedikit
- Tidak mempunyai minat dalam melakukan sesuatu perkara
- Sering menjadi cuai, mengakibatkan kemalangan yang boleh dielakkan dengan mudah
- Sentiasa risau akan jumlah tidur yang sedikit
Adakalanya, perkara yang dinyatakan ini boleh menjadi sangat serius sehingga menjejaskan kualiti kerja dan hubungan dia antara penghidap insomnia dan orang di sekelilingnya. Walaubagaimanapun, saya tidak boleh memberikan kesimpulan atau diagnosis yang sempurna kerana kekurangan maklumat dan evaluasi tentang anda perlu dilakukan.
Adalah dinasihatkan untuk segera berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan untuk situasi ini.
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.