Sulit
4 tahun
Kalau Tonsil bengkak adakah disebabkan virus corona?
Tonsil saya bengkak dan menyebabkan tekak kurang selesa. Adakah Coronaviris boleh meyebabkan tonsil saya bengkak.
Jika saya ingin melakukan operation untuk mengeluarkan tonsil perlukah saya negative coven -19?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih utnuk soalan anda. Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Masalah tonsil jarang dilaporkan dalam pesakit COVID-19. Anda boleh melakukan ujian penilaian risiko COVID-19[untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.