Anonymous
4 tahun
Kandungn luar rahim atau cyst
Sy berumur 19 tahun dan saya disyakki ada kandungan luar rahim semasa pergi checkup di hospital.ada ke kemungkinan kandungan itu boleh jadi cyst
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi.
Antara tanda kehamilan adalah:
- Tidak datang haid
- Keletihan
- Mual, Muntah-muntah (juga dikenali sebagai “morning sickness”)
- Payudara yang sakit dan semakin membesar
- Kekejangan
- Pendarahan ringan atau pendarahan implantasi
- Perubahan emosi atau mood
- Mengidam pelbagai jenis makanan
- Peningkatan berat badan
- Sakit belakang
- Pening
- Kesukaran untuk tidur
- Pedih ulu hati
- Kontraksi yang sederhana
Berikut adalah gejala [cys](http://Berikut adalah gejala cyst berikutan masalah cyst ovari: Sakit pada bahagian bawah perut Kitaran haid tidak normal atau tidak sekata Pedarahan yang tidak normal Kerap membuang air kecil Pembuangan air besar bermasalah Abdomen membesar tetapi tidak hamil Berlaku keguguran berkali-kali Mandul Tiada selera makan Kurang berat badan Loya dan muntah)t berikutan masalah ovari:
- Sakit pada bahagian bawah perut
- Kitaran haid tidak normal atau tidak sekata
- Pedarahan yang tidak normal
- Kerap membuang air kecil
- Pembuangan air besar bermasalah
- Abdomen membesar tetapi tidak hamil
- Berlaku keguguran berkali-kali
- Mandul
- Tiada selera makan
- Kurang berat badan
- Loya dan muntah
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.