Sulit
2 tahun
Kanser Papillary tiroid
Mak saya baru sahaja membuat operation tiroid. Selepas pembedahan selesai doktor cabut oksigen dia tetapi pernafasan dia berbunyi. Nafas dia lemah lepastu dia dimasukkan ke dalam unit perawatan rapi. Doktor saya ingin sangat tahu. Adakah ini normal? Dan adakah masalah pernafasan tersebut adalah sementara?. Sekrang ni dia tidak boleh mengeluarkan suara. Badan dia cergas la saya nampak. Dia sudah sedar selepas keeseokkan hari dia operation. Mohon jawab cepat doktor
2 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Secara amnya, selepas melakukan pembedahan tiroid, pesakit akan mengalami kesan sampingan seperti sakit di bahagian leher atau tekak dan suara menjadi serak dan lemah. Perkara ini adalah normal dan hanya sementara. Namun ini hanyalah keterangan am, disebabkan saya tidak tahu kondisi ibu anda yang sebenar sukar bagi saya untuk memberikan kesimpulan dalam hal ini. Saya sarankan anda untuk bertanya dengan doktor ibu anda kerana beliau lebih memahami keadaan ibu anda.
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.