
Sulit
4 tahun
Kawasan buah zakar atau bukit zakar saya sering kulit mengelupas
Saya lelaki, 24 tahun… Kawasan celah buah zakar saya sering mengelupaskan kulit… Tidak merasa sakit… Hnya kegatalan… Hari ini kawasan itu telah mengeluarkan air bisa…saya sudah mencari alternatif lain selain bedak iaitu untuk tidak memakai boxer yang ketat…apa perlu saya buat Doc?.. Family saya 7 dr… Tpi dlm soal ni… Saya malu…

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kulit yang mengelupas pada bahagian buah zakar anda mungkin disebabkan oleh:
- Kekeringan akibat sapuan ubat
- Alahan
- Penyakit kulit seperti ekzema/psoriasis
Antara langkah-langkah bagi mengatasi masalah ini ialah dengan mengetahui punca sebenarnya. Langkah-langkah pencegahan termasuk:
- Pemakaian krim anti-radang
- Berlembut dengan kulit anda - tidak menggarunya
- Sentiasa terhidrasi
- Pemakaian seluar dalam yang lembut dan serap peluh
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Sekiranya masalah ini berlanjutan atau membimbangkan kehidupan seharian anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doctor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.