
Sulit
4 tahun
Keadaan selepas mengambil postinor
Isteri saya telah ambil postinor dah selepas 3 hari dia mengalami sakit kepala dan loya,adaklah normal dan dan apabila dia amik panadol dia dapat kurangkan sakit tersebut adal okay?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi.
Untuk makluman pihak anda, ubat postinor biasanya digunakan secara kecemasan untuk mencegah kehamilan setelah melakukan hubungan seksual. Pil pertama dimakan dalam 72 jam setelah bersama sementara pil kedua dimakan 12 jam setelah anda makan pil pertama. Efek samping yang sering muncul setelah menggunakan Postinor adalah seperti mual, muntah, perdarahan, sakit payudara, sakit kepala, pening, keletihan dan dapat berlangsung sampai dua hari. Sekiranya gejala terjadi lebih lama dan parah, sebaiknya puan mendapatkan konsultasi doktor.
Berdasarkan penelitian, dapat dianggarkan bahawa Postinor-2 dapat menghalang 85% kehamilan. 95% kehamilan dapat dicegah jika diambil dalam 24 jam pertama. Akan tetapi, keberkesanan akan menurun kepada 58% jika diambil antara 48 jam dan 72 jam selepas hubungan yang tidak dilindungi.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih