sanijun3
3 tahun
Kebas dan mudah mengantuk
Saya wanita 37tahun, sudah berkahwin dan mempunyai anak 3 org. Sebelum ni soalan saya berkaitan haid yg lama dan berketul2 merah pekat. Masih lagi berterusan dan kini bertambah pula saya mudah mengantuk dan tangan kiri mudah kebas apabila memegang benda. Saya risau kerana bila memandu kebas itu berbahaya kpd saya dan pengguna jalannya lain
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Masalah puan berkemungkinan berlanjutan daripada masalah yang dihadapi sebelum ini. Kebas tangan serta mudah mengantuk boleh disebabkan beberapa punca antaranya ialah:
- Kurang sel darah merah
- Diabetes
- Kehamilan
- Sindrom Karpal Tunnel (Carpal Tunnel Syndrome)
- Kurang vitamin B
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.