
atiqabalqis45
5 tahun
Kebas kaki sebelah kanan
saya disahkan ada kencing manis pada hjung bulan 3 2019,dan doktor sarankan saya untuk makan ubat METFORMIN,tetapi sya x ambil ubat tu saya cuba untuk diet sendiri,alhamdulilah bacaan gula ada turun sedikit tetapi dalam masa seminggu ni kaki sebelah kanan sya kebas hari hari setiap masa…sya nak tanya apa punca2nya dan apa tindakan yg perlu saya ambil??

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi,kebas pada kaki boleh disebabkan oleh:
- Diabetes atau kencing manis
- Aliran darah yang tidak mencukupi
- Trauma
- Masalah otot dan juga saraf
Namun begitu, terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih.