Anonymous
6 tahun
Kebas kaki susah nak hilang
assalammualaikum hai doktor, saya ingin bertanya. pesakit yang ada kencing manis, kalau kebas kaki memang susah ke rasa sakit tu hilang? sebab dah 3 jam rasa sakit, tapi masih tak hilang-hilang lagi sakit? malah, rasa kebas tu terasa macam naik ke lutut dan peha.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdassarkan keterangan yang anda berikan, gejala kaki kebas dalam kalangan pesakit diabetes boleh disebabkan:
- Penyakit arteri (saluran darah) periferi - saluran darah mengecil atau tersumbat. Ini boleh menyebabkan kaki dipotong sekiranya terdapat jangkitan kuman
- Keradangan saraf kaki - akibat kencing manis yang menyebabkan saraf kurang menerima darah
- Masalah cakera tulang belakang
- masalah kurang vitamin B dan postassium/kalsium
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.




























