Sulit
3 tahun
Kebas pada tangan dan leher..Kadang-kadang ada rasa pitam
Sy perempuan berumur 23 tahun…Akhir² ni saya mengalami kebas pada bahagian tangan dan sekarang menjalar ke leher. Saya juga kadang² mengalami rasa pitam dan telinga macam ada rs bunyi tinnitus
3 tahun
Salah sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Kekebasan ini merupakan masalah yang subjektif dan boleh dikaitkan dengan pelbagai jenis penyakit.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, terdapat beberapa punca kebas tangan :
- Carpal Tunnel Syndome
Carpal Tunnel Syndrome adalah satu keadaan dimana berlaku tekanan kepada saraf Median (‘Median Nerve’) di pergelangan tangan seseorang. - Neuropati Diabetes
Kebas atau kesemutan di kaki adalah gejala pertama bagi kebanyakan pesakit dengan kerosakan saraf daripada diabete Hal ini juga boleh menjadi punca rabun dekat semakin serius. - Hyperthyroidism
Hipertiroidisme kebanyakan disebabkan oleh penyakit Graves, yaitu suatu kondisi yang terjadi akibat kelainan sistem autoimun yang menyerang tubuh dan meningkatkan produksi hormon tiroksin pada kelenjar tiroid. Namun, penyakit ini seperti bukan apa yang anda hidapi kerana anda hanya berasa kebas selepas menggunting, menampal sticker dan menyusun barang.
Kami kurang pasti mengapa kekebasan dari tangan anda dirasa sampai ke leher. Kami memerlukan lebih banyak maklumat tentang perkara itu.
Untuk makluman pihak anda, masalah pitam pula boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Tekanan darah rendah
- Kurang gula dalam darah
- Dehidrasi
- Masalah mata yang kabur pandangan
Masalah telinga berdengung atau tinnitus ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Pendedahan kepada bunyi yang kuat
- Perubahan tulang telinga
- Tumor di telinga
- Tinnitus juga boleh berasal dari lesi(“lesion”)** pada atau di sekitar bahagian pendengaran otak. Ini termasuk pelbagai gangguan yang tidak biasa termasuk schwannoma vestibular (neuroma akustik) dan kerosakan dari trauma kepala.
- Kesakitan sendi temporomandibular (TMJ) , kemurungan, kegelisahan, insomnia, dan tekanan otot dan keletihan mungkin menyebabkan tinnitus, atau boleh menyumbang kepada tinnitus yang sedia ada menjadikan ia lebih teruk.
- Meniere’s disease
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah kebas.