
nurulaisyah536
4 tahun
Keberkesanan perancang suntikan depo
Salam sejahtera Dr, sy sudah mengambil suntikan depo pada bulan Ogos yg lalu.Tetapi,pada bulan Sept yg lepas, sy mengalami pendarahan yg berpanjangan selama 20 hari dan sy telah berjumpa dgn Dr di tempat sy.Dr menasihatkan sy utk menukar kaedah perancang yg lain. soalan sy, adakah suntikan depo sy berkesan selepas berlakunya pendarahan yg berpanjangan tersebut? Adakah sy perlu menukar kaedah perancang yg lain dgn kadar segera? tanpa menunggu sehingga tempoh suntikan depo tamat(3 bulan).
terima kasih kerana menjawab soalan sy.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, pendarahan ini merupakan kesan sampingan ubat suntikan perancang ini. Biasanya pesakit yang mengalami pendarahan yang tidak banyak dan tidak mengganggu aktiviti seharian atau menyebabkan gejala lain, anda tidak memerlukan ubat untuk berhenti pendarahan.
Jika pendarahan ini bertambah buruk atau menyebabkan gejala seperti sesak nafas, pening, penat badan dan sebagainya, anda perlu berjumpa dengan doktor anda untuk bertukar cara perancang dan menghentikan pendarahan. Seeloknya anda berhenti seketika untuk suntikan depo ini dan siasat apakah punca sebenar pendarahan berpanjangan itu berlaku.
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah