
nursyiffa2
5 tahun
Keberkesanan Pil Perancang
Saya remaja yang berumur 16 tahun. 5 hari lepas saya melakukan seks tanpa perlindungan. semasa saya melakukan seks ia adalah hari kelima setelah saya habis period. saya telah pun berjumpa dengan doktor dan doktor menyarankan saya mengambil pil postinor dua biji sekaligus. saya mengambil pil itu 8 jam selepas melakukan seks tanpa perlindungan. persoalan saya adakah ia berkesan? adakah ia akan memberi kesan negatif untuk remaja seperti saya? adakah saya tidak akan hamil?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini(DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Untuk pengetahuan, Postinor-2 adalah kontraseptif kecemasan. Ia diambil dalam tempoh 72 jam hubungan seks tanpa perlindungan.
Dianggarkan bahawa Postinor-2 akan menghalang 85% kehamilan yang diharapkan. 95% kehamilan yang dijangkakan akan dicegah jika diambil dalam 24 jam pertama, menurun kepada 58% jika diambil antara 48 jam dan 72 jam selepas hubungan tidak dilindungi.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih