
Sulit
5 tahun
Keberkesanan pil postinor
Hai doc…
Sy ada ‘berhubungan’ 3 hari sblm tarikh subur dan tiada pencegahan di lakukn…
Sy cuma ambik postinor lepas 2 jam bersama
Dan selepas 12 jam 2nd dos…
Tp sy masih bersama suami selepas dos kedua di ambil…
Sy ada rasa mual dan loya sblm jangkaan tarikh period dan sekarang sy sudah miss period 2 hari… Sy ada bt test upt tp negetif… Adakah saya mengandung? Adakah terlalu awal untuk test upt? Sekiranya sy buat ultrasound dlm tempoh sekarang blh kah dapat tahu sy mengandung?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, anda disarankan untuk menjalankan ujian kehamilan sekurang-kurangnya 7 hingga 14 hari lewat haid.
Pil perancang kecemasan bukanlah pil yang boleh digunakan secara kerap jika anda ingin mencegah kehamilan. Hal ini kerana, ia boleh mengubah kitaran haid anda. Anda disarankan mengambil perancang keluarga yang bersesuaian.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.