
Sulit
5 tahun
Keberkesanan postinor-2
Adakah berkesan jika ambil postinor-2 3 hari sebelum ovulation?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman pihak anda, postinor merupakan pil perancang kecemasan. Ianya patut diambil dalam masa 72 jam selepas melakukan hubungan seks tanpa perlindungan. Ianya bukan diambil untuk mengelak ovulasi. Untuk tujuan itu, anda harus mengambil pil peracang keluarga atau (COCP). Akan tetapi ubat ini mengambil masa lebih kurang 7 hari. Maka dalam tempoh itu, anda harus mengamalkan kaedah pencegahan lain seperti kondom.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang soalan yang diajukan. Untuk mengetahui lebih lanjut, anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat yang diperlukan. Terima kasih.