
Sulit
4 tahun
Keberkesanan prostinor
21/4 adalah Hari pertama sy habis period dan sy bersama dgn suami pd mlm itu. Keesokkan harinya pukul 10 pagi saya mkn ubat postinor yg pertama dn selepas 12 jam sy mkn ubat yg kedua pd pukul 10 mlm. Adakah sy akan Ada juga Risiko utk hamil. Sy msih Ada anak yg msih kecil Dan sy x bersedia utk hamil lagi.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang keberkesanan pil perancangan kecemasan. Untuk makluman anda, secara umum, anda akan tahu pil perancang kecemasan tersebut telah berkesan apabila anda mendapat haid seterusnya dan haid anda kelihatan normal sekiranya cara pengambilan tablet anda patuhi dengan betul.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan pihak kami secara peribadi. Terima kasih
Jalinkan hubungan seks tanpa kebimbangan lagi