
Sulit
5 tahun
Keberkesanan test drive thru untuk covid 19
Saya wanita berumur 30 an telah menjalani.
Pemeriksaan covid melalui drive thru disebabkan sakit tekak yg saya alami.keputusan pemeriksaan adalah negatif. Boleh kah saya bergantung pada keputusan memandangkn sakit tekak masih tidak sembuh

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera.
Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Masalah sakti tekak boleh disebabkan oleh pelbagai masalah kesihatan selain COVID-19:
- Jangkitan bakteria atau virus
- Radang tonsil
- Radang tekak
- Allergic Rhinitis
Oleh kerana anda telah melakukan ujian COVID-19, anda boleh bergantung kepada keputusan tersebut.
Dirumah, anda disarankan:
- berkumur dengan air garam bagi menghilangkan keradangan’
- minum air dengan mencukupi
- ambil ubat batuk. jika batuk berkahak, gunakan expectorant atau mucolytic, jika batuk kering gunakan antitussive ubat batuk.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini